Monday, July 15, 2024
HomeBERITASyatilla Melvin tawar RM3,000 kepada orang ramai cari pembantu rumahnya yang...

Syatilla Melvin tawar RM3,000 kepada orang ramai cari pembantu rumahnya yang lari

Sering kali kita dengar dan baca kisah pembantu rumah bermasalah. Ada yang lari dari rumah, ada yang mencuri dan ada juga yang mendera anak majikan.

Malah di kalangan para selebriti pun kerap mengalami masalah sebegini.

Terbaharu, pelakon Syatilla Melvin mendakwa pembantu rumahnya telah melarikan diri setelah membuat onar terhadap keluarganya.

Syatilla atau mesra dengan panggilan Tilla berkongsi berita itu di entri Instagramnya semalam dan meminta bantuan orang ramai untuk mencari pembantu rumahnya.

Tambahnya lagi, dia akan memberikan sejumlah wang sebanyak RM3,000 kepada sesiapa yang terjumpa atau ternampak pembantu rumah berkenaan.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri pembantu rumahnya beserta foto.

Katanya laporan polis telahpun dibuat dan dalam siasatan. Apa pun, semoga urusan pelakon dan model kelahiran Parit Buntar, Perak ini dipermudahkan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments