Monday, July 15, 2024
HomeBERITABintang Bollywood Kushal Punjabi ditemui tergantung di rumahnya, polis temui catatan nota...

Bintang Bollywood Kushal Punjabi ditemui tergantung di rumahnya, polis temui catatan nota terakhir untuk anaknya

Pelakon India, Kushal Punjabi dipercayai mati akibat membunuh diri selepas mayatnya ditemui di rumahnya di Mumbai.

Pelakon berusia 37 tahun itu didapati tergantung dan polis juga menemui catatan dan nota kepada anak lelakinya berusia tiga tahun.

Kushal Punjabi bersama isteri, Audrey Dolhen dan anak lelaki, Kian

Menurut media tempatan, mayat Kushal ditemui di rumahnya dan terus dikejarkan ke Hospital Bhabha.

Kushal disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas cubaan menyelamatkannya gagal.

Sumber polis berkata terdapat catatan di rumahnya dan tiada barang mencurigakan yang lain ditemui.

Perkongsian terakhir foto Kushal bersama anak lelakinya, Kian di laman Instagram

Pegawai polis telah memfailkan sebagai kematian akibat kemalangan sementara menunggu siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments