Monday, May 13, 2024
HomeBERITATERKINI"Ada orang hubungi saya, dia kata saya titah perhimpunan, saya jawab, sila...

“Ada orang hubungi saya, dia kata saya titah perhimpunan, saya jawab, sila baca ayat itu betul-betul” – Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebentar tadi telah memuat naik status di laman twitter baginda berkenaan Himpunan Aman Julang Perlembagaan yang dijadual berlangsung esok.

Merujuk status baginda Tunku Azizah menyebut : “ada org call saya, dia kata saya TITAH perhimpunan….saya jawab, silap baca ayat itu betul2….

Difahamkan wujud segelintir individu yang tersilap faham dengan sebaris ayat yang dipaparkan pada banner terbabit.

Ia berbunyi : “Kita berhimpun dengan aman bagi mengelakkan dan menghalang Dong Zong berlaku khianat dengan meneruskan kongres #anti-nasional yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara, malah bagi mengelakkan Dong Zong jatuh derhaka atas titah Tuanku Permaisuri Agong”.

Dua hari lalu melalui Twitter baginda, Permaisuri Agong berkongsi ciapan seorang pengikutnya dan imej buku teks bahasa Melayu darjah empat yang memaparkan tiga muka surat pengenalan tulisan Jawi.

Ini selepas pengguna Twitter, yang menggunakan nama Zamil Yasrawi berkata setiap pelajar di negara ini wajib mengetahui tulisan pada simbol rasmi negara.

“Ini sahaja kan,” titah Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merujuk kepada tiga muka surat pengenalan Jawi untuk murid-murid Tahun Empat di sekolah rendah.

Terdahulu sebelum itu, Tuanku Azizah membalas ciapan seorang lagi pengikutnya, yang menggunakan nama Adly Arief.

“Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan kesenian Islam. Tak perlu nak jadi Muslim untuk hargai perkara ini.

“Begitu juga seseorang itu tak perlu jadi Melayu untuk jadi Muslim. Ada juga orang Melayu tapi bukan Muslim. Dalam Islam kita tidak terikat dengan kaum tapi dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah,” tulisnya.

Tuanku Azizah bertitah demikian selepas Adly membalas ciapan baginda yang mengatakan adalah rugi sekiranya orang Melayu tidak pandai menulis Jawi.

“Kenyataan ini boleh timbulkan pertikaian kaum, tuanku.

“Tak bolehkah kita setuju alpabet Latin atau Roman sekadar identiti budaya dan tidak ok untuk paksa kepada orang lain?” tulis Adly.

Tuanku Azizah sebelum itu berkata adalah merupakan satu kerugian jika orang Melayu, Cina dan India di negara ini tidak memahami tulisan masing-masing.

“Sayang kalau orang Melayu tak pandai tulis Jawi atau orang Cina tak pandai tulisan Mandarin atau orang India tak pandai tulis Tamil. Orang Siam dengan tulisan Siamnya.

“ABC itu universal dan global tapi kenalah pandai tulis cara kita juga. Tambahkan ilmu, tak rugi,” ciap baginda.

Isu mengenai pengenalan tulisan Jawi khususnya di sekolah vernakular mencetuskan polemik dan bantahan keras terutama daripada badan pendidikan Cina.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments