Monday, July 15, 2024
HomeBERITABekas suami Puteri Norway mati akibat membunuh diri

Bekas suami Puteri Norway mati akibat membunuh diri

Ari Behn, seorang penulis dan bekas suami seorang puteri Norway, meninggal dunia akibat membunuh diri pada Hari Krismas, kata jurucakap keluarga Behn, Geir Håkonsund.

“It is with great sadness in our hearts that we, the very closest relatives of Ari Behn, must announce that he took his own life today. We ask for respect for our privacy in the time to come,” ujar Håkonsund dalam satu kenyataan.

Harald V dari Norway juga mengeluarkan kenyataan mengenai kematian Ari Behn.

“It is with great sadness the Queen and I have received the message of Ari Behn’s passing. Ari has been an important part of our family for many years, and we carry warm, fond memories of him. We are grateful that we got to know him.”

Behn, 47, adalah bekas suami Puteri Martha Louise, anak sulung Raja Harald V, Norway dan Ratu Sonja, dan keempat dalam barisan takhta. Mereka berkahwin pada tahun 2002 dan mengumumkan bahawa mereka berpisah pada tahun 2016.

Perceraian itu dimuktamadkan pada tahun 2017.

Behn adalah pendakwa ketiga ke atas pelakon Kevin Spacey yang mati dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Aktor Kevin Spacey

Radar Online melaporkan pada Mei 2019, Linda Culkin, salah seorang yang pertama mendakwa Kevin Spacey kerana tingkah laku seksual juga telah meninggal dunia pada Februari 2019 selepas dia dilanggar kereta ketika menyeberangi Burgin Parkway di Quincy, Massachusetts.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments