Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITASultan Selangor perkenan bubar DUN Jumaat ini

Sultan Selangor perkenan bubar DUN Jumaat ini

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan semua calon dan penyokong parti politik tidak membangkitkan isu agama dan kaum sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri yang bakal diadakan kelak.

Baginda juga menitahkan calon-calon dan penyokong supaya tidak memainkan isu sensitif yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat khususnya di negeri ini.

Titah baginda dikeluarkan selepas Istiadat Pengisytiharan Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Dalam titah itu, Sultan Sharafuddin berkenan menetapkan tarikh Istiadat Pengisytiharan Pembubaran Dewan Negeri Selangor lebih awal kerana baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin akan berangkat menunaikan ibadah haji, esok.

Baginda juga akan menjalani rawatan dan pembedahan pada 28 Julai depan di London dan dijangka kembali ke tanah air pada 15 Ogos nanti.

Terdahulu Sultan Sharafuddin berkenan membubarkan Dewan Negeri, setelah menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pagi tadi.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments