Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASultan Johor akan bubar Dun Johor jika wakil rakyat terus bertelagah

Sultan Johor akan bubar Dun Johor jika wakil rakyat terus bertelagah

Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan serta-merta jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri ini terus berlaku.

Demikian titah baginda Sultan Ibrahim yang berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri itu.

“Apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka (wakil rakyat) langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.

“Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.

“Saya bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.

“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta-merta,” titah baginda dalam satu petikan di muat naik di akaun Facebook rasmi baginda

Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu.

“Saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,” titah baginda. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments