Sunday, September 8, 2024
HomeBERITAImuniti kelompok tidak sesuai digunapakai untuk Covid-19 - Pakar Perubatan

Imuniti kelompok tidak sesuai digunapakai untuk Covid-19 – Pakar Perubatan

Saban hari, kita disajikan dengan berita kematian babitkan kes Covid-19.

Kes harian juga ada kala naik dan turunnya.

Lebih mengejutkan kata pakar perubatan tempatan, Doktor Jenizan Nordin kepada The Malaya Post hampir 20% daripada pesakit covid-19 adalah mereka yang telah mendapat vaksin.

Di mana silapnya?

Doktor Jenizan berpandangan vaksin covid-19 tidak boleh mencegah daripada mendapat jangkitan tapi hanya boleh mengurangkan komplikasi dari covid-19.

Tambahnya kadar jangkitan covid-19 terus meningkat walaupun kadar vaksinasi telah mencapai jumlah yang tinggi.

“Vaksin covid 19 tidak boleh mencegah daripada mendapat jangkitan, hanya boleh mengurangkan komplikasi dari covid-19. Mereka yang dapat vaksin, tidak imum terhadap covid -19, jadi kalau tidak imun, macam mana nak dapat herd imunity” atau imuniti kelompok katanya kepada The Malaya Post.

Tambah Doktor Jenizan, ia berbeza dengan vaksin penyakit yang lain seperti polio, dimana penerima vaksin adalah imun terhadap polio.

“Saya rasa imuniti kelompok tidak sesuai digunakan untuk covid-19. Tiada siapa yang imun sebenarnya, sehinggalah ada vaksin yang boleh memberi perlindungan 100%”, katanya.

Justeru saranan Doktor Jenizan kepada seluruh Malaysia supaya kekal patuhi SOP ditetapkan Kementerian berwajib.

“Jadi cegah lah dari mendapat jangkitan, amalkan sop yang betul, tiada jalan keluar dari musibah ini selain kita sendiri yang berusaha mengatasinya”, katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments