Saturday, May 25, 2024
HomeBERITASUKE : Dua maut, tiga cedera parah

SUKE : Dua maut, tiga cedera parah

Susulan insiden sebuah treler terlanggar bahagian atas binaan untuk lebuhraya SUKE petang semalam, telah mengorbankan dua nyawa akibat terhempap dan tersepit di bawah besi binaan terbabit.

Memetik kenyataan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, dua mangsa yang maut dan tiga lagi penumpang termasuk pemandu van sudah pun berjaya dikeluarkan.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal berjaya dibawa keluar pada jam 9.19 malam dan 9.26 malam serta disahkan meninggal dunia oleh pegawai KKM yang bertugas,” demikian kenyataan media oleh Komander Operasi Kanan PKPjB, Nordin Pauzi.

“Dua wanita lain dan pemandu van lelaki terselamat,” katanya pada sidang media semalam.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter memuat naik status difahamkan pemandu treler terbabit positif dadah.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments