Thursday, May 30, 2024
HomePOLITIKSuburkan keharmonian kaum - Dato T Murugiah

Suburkan keharmonian kaum – Dato T Murugiah

KUALA LUMPUR 30 Ogos 2019 : Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 62, rakyat perlu merapatkan kembali persahabatan, perhubungan dan silaturahim demi kemajuan serta kesejahteraan negara.

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah, berkata rakyat Malaysia yang cintakan negara perlu melihat kaum lain sebagai kaum mereka sendiri, sekali gus mampu meningkatkan lagi perpaduan.

“Musuh kita bukan sesama kaum kita di Malaysia tetapi jika kita mahu berjaya kita perlu bersatu untuk bersaing dengan negara-negara luar bagi memajukan ekonomi negara ini” katanya.

Malaysia diimpikan ialah sebuah negara yang tidak meninggalkan mana-mana kaum dalam semua aspek keperluan

“Sehubungan itu, sikap fanatik dengan sesebuah kaum harus dihentikan dan kita bergerak kehadapan bersama-sama”.

“Hentikanlah sikap menghentam sesama kaum kerana ia bukan budaya kita” tambahnya lagi.

Sebagai negara yang rakyatnya berbilang kaum, Malaysia berdepan cabaran perpaduan tersendiri dan keindahan nilai budaya hidup serta sosialnya.

Sejak dulu lagi, rakyat hidup dalam suasana harmoni yang sungguh indah dan rakyat perlu terus menyuburkan semangat keharmonian itu.

Namun Datuk Murugiah berkata, perpaduan kaum kini semakin rapuh dan mendakwa ia berlaku akibat segelintir ahli politik tidak bertanggungjawab yang menggunakan isu perkauman sebagai agenda politik sehingga menggadaikan keharmonian.

“Terdapat ahli politik yang tidak bertanggungjawab yang gemar mengapi-apikan antara kaum hingga mencetuskan perselisihan.

“Ada ahli politik yang tidak bertanggungjawab menggunakan agenda politiknya menghasut hingga berlaku protes, rusuhan dan jika tidak berjaya mereka memburuk-burukkan nama negara hingga ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada The Malaya Post.

Tambahnya, tugas ahli politik ialah membangunkan negara dengan memimpin rakyat ke arah lebih positif dan memperkasa ekonomi mereka yang boleh dilakukan jika negara ini aman hasil perpaduan penduduknya.

Sebagai mantan Timbalan Menteri yang menjaga Perpaduan beliau menyeru sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini, rakyat Malaysia merapatkan kembali persahabatan, perhubungan dan silatulrohim antara kita kerana di dalam Al-Quran pun ada menyebut semua umat manusia asal usulnya daripada Adam dan Hawa.

Katanya, kemajuan tidak memerlukan pengorbanan perpaduan tetapi menuntut perpaduan demi sebuah kemerdekaan yang perlu kita kekalkan.

“Selamat Hari Kemerdekaan ke 62. Salam Perpaduan Malaysiaku tercinta”, katanya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments