#StayAtHome, e-runcit mudahkan pembelian barangan keperluan tanpa perlu keluar rumah

0

Stay At Home, itulah ungkapan yang sering dituturkan sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Fasa pertama sehingga Fasa kedua dijalankan.

Namun pasti ada yang tidak mahu mengambil risiko dengan keluar membeli barangan keperluan harian atau terdapat segelintir ketua keluarga perlu keluar bertugas dan bekerja.

Bagi mengurangkan kesulitan dan permasalahan para pengguna, hyper runcit terkenal di Terengganu, Sabasun telah melancarkan sistem perkhidmatan baharu yang dinamakan e-runcit.

Link untuk order : eruncit.my/order

Menurut perkongsian di laman Facebook Sabasun , sistem perkhidmatan atas talian itu berada di bawah pengurusan syarikat lain, namun syarikat berkenaan mengambil tender dengan pasaraya-pasaraya bagi memudahkan proses pembelian untuk orang ramai.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=807288439781405&id=369797003530553?sfnsn=mo&extid=5HpCcI0x0nNR1PzT

Barangan terbabit akan dibeli oleh ‘runner’ yang bertugas di bawah pengurusan e-runcit dan jangan lupa sertakan sekali senarai barangan yang dikehendaki.

Kesemua barangan yang dipesan akan dihantar terus kepada anda mengikut giliran.

Namun mereka juga menerima tempahan awal, dimana barangan yang dipesan akan dibungkuskan, kemudiannya pelanggan boleh mengambilnya (self pick-up) di cawangan Sabasun Kuala Terengganu atau Sabasun Kuala Nerus.

Nampaknya perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Sabasun memudahkan lagi pelanggan, malah seruan “stay at home” akan terlaksana dengan lebih berjaya, InsyaAllah????????.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

???? ???? ????

Leave a Reply