Friday, November 20, 2026
HomeBERITAPerdana Menteri terus terima sumbangan Tabung COVID-19

Perdana Menteri terus terima sumbangan Tabung COVID-19

Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA), Rosli Dahlan yang sebelum ini dilaporkan positif COVID-19,kini telah sembuh dari jangkitan wabak terbabit.

Berita berkenaan dikongsikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perkongsian di laman Facebook rasminya.

Beliau menzahirkan rasa bangga apabila bekas pesakit COVID-19 yang telah disahkan sembuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengambil peranan membantu mangsa wabak pandemik ini.

Menurut beliau, Rosli Dahlan yang juga Pemegang Amanah Yayasan NAMA telah menemui beliau untuk menyampaikan sendiri sumbangan berjumlah RM150,000 daripada pihak berkenaan.

Hari ini, saya menerima kunjungan saudara Rosli Dahlan, seorang peguam yang juga Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Senin, 06 April 2020

“Pada awal Mac lepas, syarikat UDA menjadi antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) paling teruk menerima kesan apabila beberapa ahli pengurusan tertinggi mereka diuji positif COVID-19.

“Mereka dikuarantin di hospital, dengan majoriti ditempatkan di Hospital Sungai Buloh (HSB), iaitu hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit”, ujar beliau.

Tambahnya lagi, UDA Holdings telah bermurah hati menyalurkan sumbangan untuk menaik taraf beberapa wad kuarantin di beberapa buah hospital, bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes pada pertengahan April akan datang.

Beliau turut difahamkan terdapat di kalangan bekas pesakit kakitangan UDA yang terlibat membantu projek vaksin serum darah dan sekiranya projek terbabit berjaya, mereka ini lah akan menjadi penyelamat.

Beliau berharap rakyat Malaysia juga mampu melakukannya maka seluruh dunia boleh bersatu melawan virus COVID-19.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments