Sunday, May 12, 2024
HomeBERITASPRM boleh hilang kewibawaan - Datuk A Kadir Jasin

SPRM boleh hilang kewibawaan – Datuk A Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Penasihat Media kepada Perdana Menteri Datuk A.Kadir Jasin berkata, SPRM boleh hilang kewibawaan kerana mendedahkan bahan bukti kepada orang awam.

“SPRM boleh hilang kewibawaan malah boleh dituduh buat fitnah” ujar beliau di laman facebooknya

Beliau turut berpendapat bahawa bukti kes tidak wajar di dedah sekadar untuk sensasi. Ia wajib di siasat dan di ambil tindakan.

“Jangan didedahkan untuk buat ribut dan sensasi saja. Wajib siasat dan ambil tindakan. Kalau tidak orang tak percaya” kata beliau lagi

Beliau turut mengulas mengenai Datin Seri Rosmah Mansor

“Berkenaan dakwaan peranan Rosmah Mansor, saya langsung tidak hairan. Saya berulang kali bagi amaran kepada Najib tentang peranan Rosmah sejak dia jadi Timbalan Perdana Menteri lagi”

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya (tengah) ketika sidang media berhubung pembocoran rahsia kerajaan dan konspirasi jenayah di peringkat tertinggi di Ibu Pejabat SPRM hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dan Pengarah Pengubahan Wang Haram dan Perlucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin.
SPRM hari ini mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah di peringkat tertinggi. –foto BERNAMA

Semalam, SPRM telah mendedahkan sembilan rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah tertinggi membabitkan rakaman perbualan tujuh individu termasuk Datuk Seri Mohd Najib.

Selain Datuk Seri Mohd Najib, perbualan suara itu turut membabitkan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas pegawai khas Datuk Seri Mohd Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin serta Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC) Khaldoon Al-Mubarak.

Ia didedahkan kepada umum dan diperdengarkan kira-kira 45 minit menerusi sidang media oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya di Putrajaya

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments