Monday, May 13, 2024
HomeBERITAIran melancarkan lebih daripada sepuluh peluru berpandu mensasarkan ke atas Amerika Syarikat...

Iran melancarkan lebih daripada sepuluh peluru berpandu mensasarkan ke atas Amerika Syarikat di Iraq

Pentagon mengesahkan, Iran telah melancarkan lebih daripada sepuluh roket di dua pengkalan tentera Iraq yang mengendalikan tentera Amerika Syarikat.

Roket melepaskan tembakan di pengkalan Ain al-Asad di Wilayah Anbar dan pengakalan di Erbil pada awal hari Rabu ketika ketegangan antara Washington dan Tehran berikutan pembunuhan Komander Tentera Iran, Qassem Soleimani di Iraq minggu lalu.

Dalam pada itu, Menteri Luar Iran berkata serangan yang mensasarkan ke atas Amerika Syarikat adalah ‘pertahanan diri yang sah’.

Serangan peluru berpandu Iran terhadap sasaran AS di Iraq adalah “pembelaan diri yang sah”, Mohammad Javad Zarif memberitahu dalam satu siaran televisyen negara berkenaan

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif

Beliau turut menambah penilaian Washington untuk membalas adalah tidak berdasarkan “ilusi”.

“Tindakan kami adalah pembelaan diri yang sah dan Amerika Syarikat harus mengelak daripada menilainya berdasarkan ilusi,” kata Zarif.

Terdahulu, Iran telah berjanji untuk membalas dendam secara keras.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments