Thursday, June 20, 2024
HomeBERITASOP pencegahan sektor komunikasi

SOP pencegahan sektor komunikasi

Berhubung pembukaan semula ekonomi, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Komunikasi) telah berkongsi infografik yang mudah difahami mengenai Standard Operation Procedures (SOP) pembukaan semula ekonomi di laman Facebook rasmi mereka.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3620451894647907&id=655938824432577

Bagi para pekerja yang bekerja di sektor komunikasi yang merangkumi aktiviti penyiaran, telekomunikasi, internet, serta pos dan kurier, kehadiran para pekerja adalah dibenarkan sepenuhnya dan boleh menerima pelanggan serta beroperasi selama 24 jam.

Namun pihak majikan perlu menyediakan protokol pencegahan penyakit mengikut standard yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, saringan kesihatan harus dilakukan setiap hari di pintu masuk dan juga majikan harus menyediakan laporan kesihatan di premis serta perlu menghubungi pejabat kesihatan jika terdapat pekerja yang bergejala COVID-19.

Proses pembasmian dan nyah kuman di kawasan umum premis juga harus dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.

Pastikan juga penjarakkan sosial di antara pelanggan serta para pekerja dan perlu memakai penutup mulut dan hidung.

Selain itu, para pekerja yang bertugas harus diberikan rehat secara berperingkat.

Pihak syarikat juga diwajibkan mengambil butiran kehadiran tetamu atau pelanggan untuk rekod dan disimpan selama enam bulan serta menghadkan bilangan pelanggan dalam satu-satu masa bagi menjaga ‘sosial distancing’.

Jika boleh, kurangkan urusan secara terus dan sediakan pilihan interaksi dengan mesin.

Kenderaan para pekerja harus dinyah kuman setiap kali sebelum digunakan dan pihak syarikat perlu mewujudkan Jawatankuasa Protokol Tindak Balas Kecemasan serta menanggung sepenuhnya kos saringan dan juga perubatan para pekerja.

Pihak syarikat boleh menambah baik protokol yang dipraktikkan namun sebarang kelonggaran adalah tidak dibenarkan sama sekali.

#COVID19
#KKMM
#MCMC
#NormaBaharu
#PerintahKawalanPergerakanBersyarat
#SektorKomunikasi

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments