Thursday, June 13, 2024
HomeBERITAKluster tapak pembinaan, Setia Alam

Kluster tapak pembinaan, Setia Alam

Kluster tapak pembinaan yang melibatkan warga pekerja bukan warganegara Malaysia di Setia Alam dan telah dikesan pada 6 Mei 2020, apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta.

KLUSTER TAPAK PEMBINAAN, SETIA ALAMSatu kluster baharu yang melibatkan warga pekerja bukan warganegara Malaysia di…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 09 Mei 2020

Pihak hospital telah menjalankan proses saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas.

Tiga kes telah disahkan positif COVID-19 melalui lima orang pekerja yang telah disaring.

Ketiga-tiga kes positif terbabit melibatkan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang rakan yang lain.

Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes berkenaan telah dijalankan.

Sehingga 9 Mei jam 12 tengah hari, seramai 28 orang telah disaring untuk COVID-19 dan daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana kesemua kes-kes ini adalah merupakan warganegara Bangladesh.

Manakala sembilan kes lagi didapati negatif dan tujuh kes masih menunggu keputusan malah punca jangkitan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments