Thursday, May 30, 2024
HomeBERITASong Ji Hyo kongsi produk baru Vidi Vici, “Mellenial The Iconic”

Song Ji Hyo kongsi produk baru Vidi Vici, “Mellenial The Iconic”

Sering tampil sebagai duta kosmetik Vidi Vici, Song Ji Hyo sekali lagi menjadi model bagi keluaran terbaru lipstick jenama kecantikan berkenaan.

Pelakon Korea, Ji Hyo berkongsi klip video terbarunya di Instagram sedang mengoles lipstik “Mellenial The Iconic” berwarna merah dibibirnya.

Mellenial The Iconic bakal dikeluarkan dua warna menawan yang berkod 18, Coral Pink dan 80, Intense Red.

Sebelum ini, Ji Hyo, 38 juga pernah menjadi model dan duta jenama kecantikan Korea Vidi Vici bagi produk BB Cushion, Foundation serta pelbagai jenis Lipgloss dan Lipstik.

Perkembangan lain, bintang “Running Man” ini dilihat sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya “Intruder”.

Filem bergenre seram itu akan ditayangkan bulan depan di panggung bermula 12 Mac 2020.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments