Tuesday, July 23, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Dua lagi pesakit sembuh

COVID-19 : Dua lagi pesakit sembuh

Tatkala ramai yang sibuk bercakap tentang perkembangan politik negara ketika ini, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan khabar gembira mengenai perkembangan semasa Pelaksanaan Survelan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, dilaporkan dua lagi kes telah pulih dan dibenarkan pulang dari Hospital Kuala Lumpur semalam.

“Alhamdulillah hari ini dua lagi kes pesakit Covid-19 yang melibatkan dua orang warga China iaitu kes ke-14 & kes ke-19 yang dirawat di HKL telah disahkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj.”

Kes ke-14 dan ke-19 merupakan seorang wanita yang berumur 37 dan 38 masing-masing disahkan positif COVID-19 pada 5 dan 12 Februari 2020 lalu.

Sementara itu, tiada kes baru dilaporkan dan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 22 kes dengan 20 pesakit pulih dan dua dirawat.

“Bersama kita doakan lagi dua kes yang masih dirawat di Hospital dan berada dalam keadaan stabil juga kembali sembuh dan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas KKM yang komited dalam menjalankan tugas.

“Saya sanjung tinggi budi tuan & mendoakan segala yang terbaik untuk semua warga KKM di masa depan,” katanya

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments