Penyanyi terkenal tanahair Siti Sarah Raissuddin kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat tahap oksigen menurun.
Perkara itu disahkan suaminya yang juga Pelawak Shuib yang berkongsi tangkap layar panggilan video di Instagram bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi lagu Kesetiaan itu.
“Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okay.
“Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” katanya.
Sementara itu, Sarah menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka.
“Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,” katanya.

Siti Sarah dikejarkan ke HUKM semalam akibat tahap oksigen menurun.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply