Susulan perlantikan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia bertaraf Menteri.
BERSATU Perak yakin perlantikan itu adalah tepat dan menjamin impak positif dalam membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkasa urus tadbir negara dengan lebih sempurna disamping mendokong Pelan Pemulihan Negara.
Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin dalam satu kenyataan medianya berkata beliau yakin dengan komitmen Dato’ Seri Ahmad Faizal dalam mengalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

“Bersatu Negeri Perak juga yakin dengan komitmen YB Dato Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dalam mengalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
“Berdasarkan pengalaman YB Dato Seri Faizal Azumu yang luas, ianya akan menjadi aset penting dalam merekayasa pentadbiran Negara di bawah Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia,” ulas beliau.
“Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga pelantikan ini berkesan dan terus Istiqamah dalam membina negara sekaligus menjadikan Malaysia Negara yang cemerlang”, ucap beliau. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply