Monday, May 13, 2024
HomeBERITASiti Nurhaliza kesal lagu 7 pesanan diciplak

Siti Nurhaliza kesal lagu 7 pesanan diciplak

Belum 24 jam lagu 7 pesanan nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti dilancarkan, kini ianya telah pun diciplak oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Lagu yang dinyanyikan bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta itu pada awalnya mendapat langganan dari beberapa platform digital seperti Joox, KKbox, Apple dan Deezer.

Namun tidak lama kemudian Tokti memuat nakk entri memberitahu beliau berdukacita dengan tindakan individu yang cuba melanggar hak cipta dan karya insan seni.

“Dukacita, sudah banyak yang memuatnaik dan meletakkan di dalam youtube masing-masing. Saya mohon agar anda menghormati hakcipta dan karya insan seni. Pihak syarikat saya, SNP dan Universal Music akan segera memantau hal ini. Saya mohon agar anda yang berbuat demikian dapat memadamkan video tersebut sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya” tulis Tokti.

Tokti juga meminta para pengikutnya untuk membantunya melaporkan (report) akaun- akaun yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Manakala di ruangan komen, para pengikutnya bersetuju jika Tokti mengambil tindakan yang tegas ke atas individu yang terlibat kerana tidak menghormati penat lelah dan karya orang lain.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceIG ctdk
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments