B5 Johor Street Market tarikan baharu pelancong ke Johor

0

B5 Johor Street Market secara rasminya dibuka pada hari ini, 20 Februari 2020.

B5 Johor Street Market merupakan tarikan pelancongan terbaru di Johor bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Berlokasi di hadapan Angsana Mall, pasar seni ini berkonsepkan uptown terdiri daripada gerai makanan dan minuman, trak makanan (food truck), berkonsepkan kontena (box park) serta pameran kebudayaan Johor.

Direkabentuk bercirikan tradisional Melayu Johor, B5 Johor Street Market salah satu tarikan untuk pelancong dalam mempromosikan barangan tempatan, produk komersial, makanan tempatan, budaya, seni hiburan dan aktiviti sosial di negeri itu.

Terdapat lebih daripada 200 ruang perniagaan untuk usahawan tempatan yang menjual pelbagai produk unik negeri johor seperti barangan kraftangan dan makanan.

Pasar seni ini beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Haa amacam? Excited tak nak ke sana?

Bagi yang ingin merasai suasana baru membeli-belah dan lepak sambil makan-makan bolehlah singgah ke B5 Johor Street Market terutamanya warga johor!

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply