Monday, May 13, 2024
HomeBERITASiraman air kopi panas, selamatkan tiga ekor kucing yang membeku

Siraman air kopi panas, selamatkan tiga ekor kucing yang membeku

Akibat cuaca sejuk melampau, tiga ekor kucing telah ditemui berada di dalam lantai yang sudah membeku.

Memetik laporan Boredpanda, seorang lelaki yang melakukan pemeriksaan Drayton Valley, Alberta di Kanada terjumpa kucing pada malam itu. 

Pada awalnya Kendall Diwisch tidak menyedari kehadiran kucing itu. Namun, selepas terdengar bunyi kucing terbabit, baru menyedari ia terperangkap dalam timbunan salji. 

Lelaki ini tanpa menunggu lagi dia menuangkan kopi panas miliknya pada bahagian yang membeku itu. 

Bukan sahaja bekuan itu mula mencair, malah Kendall terkejut kerana anak kucing itu mula menjilat air kopi berkenaan, mungkin kerana terlalu dahaga. 

Akhirnya lelaki ini dapat menyelamatkan haiwan berkenaan tanpa sebarang kecederaan. 

Siapa sangka, akhirnya air kopi panas mampu menyelamatkan nyawa anak kucing ini daripada terus kesejukan dan mungkin akan mati.

Foto : Cause for Critters

Terkini, tiga ekor kucing yang diselamat oleh Kendall khabarnya sudah mempunyai tempat tinggal dan tuan baru yang menjaganya.

Foto : Cause for Critters

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments