Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAPeminat setia Johny Depp lancar hashtag #justiceforjohnydepp

Peminat setia Johny Depp lancar hashtag #justiceforjohnydepp

Nampaknya, perkembangan terbaharu kontroversi kes perceraian di antara aktor dan aktres Hollywood, Johny Depp bersama Amber Heard belum lagi reda.

Terdahulu kecoh di media sosial apabila viral sebuah klip suara yang mendedahkan bahawa Amber Heard mengaku telah mendera suaminya serta membaling kuali serta periuk terhadap Depp.

Rentetan tersebarnya klip suara berkenaan, para peminat Depp telah membanjiri dan mengkritik penderaan yang dilakukan Amber terhadap bekas suaminya di ruangan komen laman Instagram aktres dan model kelahiran Amerika Syarikat ini.

Tidak terhenti disitu, para peminat pelakon versatile yang popular menerusi watak Kapten Jack Sparrow di dalam filem francais Pirates of the Caribbean telah menandakan hashtag #justiceforjohnydepp di laman Instagram dan telah trending di Twitter.

Malah kelab peminat juga bertindak melancarkan poster lakaran wajah Depp dengan kesan lebam di bahagian bawah mata tanda simpati dan sokongan peminat setia pelakon berkenaan.

Untuk rekod, Amber telah menuntut perceraian atas alasan Johny sering menderanya secara fizikal dan mental.

Malah Amber juga telah menunjukkan bukti foto dirinya cedera. Dia juga mendakwa Depp seorang kaki botol dan sering menjadikan dirinya mangsa melepaskan kemarahan.

Namun, segalanya terjawab setelah rakaman suara tersebut tersebar.

Di sebalik fitnah yang dilemparkan terhadap Depp, rupanya Amber memanipulasi dan mendera bekas suaminya itu.

Akibat daripada kes penceraian ini, pelakon Johny Depp tidak tersenarai sebagai pelakon utama francais filem Pirates of Carribbean.

Berikutan itu Depp telah memfailkan saman sebanyak 50 juta dolar ke atas Amber di atas dakwaan palsu yang dibuat serta mendakwa bekas isterinya itu cuba menjatuhkan reputasi Depp.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments