Sikap mesra rakyat Malaysia bantu hubungan dua hala Rusia-Malaysia – Naiyl M. Latypov

0

Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, Naiyl Latypov memuji sikap mesra rakyat Malaysia terhadap Persekutuan Rusia.

Berucap di majlis resepsi sambutan Hari Kebangsaan Persekutuan Rusia di kedutaannya baru-baru ini, beliau berkata kerjasama dan persahabatan yang sekian lama terjalin antara Persekutuan Rusia-Malaysia mengeratkan lagi hubungan dua hala Rusia-Malaysia khususnya dalam sektor korporat.

“April lalu genaplah 55 tahun hubungan diplomatik antara Persekutuan Rusia dan Malaysia. Kerjasama dan persahabatan anda hulurkan kepada kami secara peribadi dan rasmi mengeratkan hubungan dua hala Rusia dan Malaysia dalam sektor korporat dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu beliau berucap di majlis resepsi sambutan Hari Kebangsaan Persekutuan Rusia di kedutaannya pada Jumaat.

Hadir sama isteri beliau, Marina Latypova, konsulat Rusia di Pulau Pinang konsul kehormat Teoh Seng Lee, pemimpin korporat, orang kenamaan dan rakan media.

Dalam pada itu, Latypov berkata sambutan Hari Persekutuan Rusia 2022 begitu bermakna kepada seluruh rakyat Persekutuan Rusia kerana ia adalah simbolik kepada manifestasi lanjutan ke arah transformasi bersejarah, demokratik dan ekonominya.

Jelas beliau, walaupun Persekutuan Rusia berada pada titik penting dalam sejarah modennya, namun Persekutuan Rusia mempunyai cara tersendiri untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan norma baharu kehidupan.

Katanya, Persekutuan Rusia akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan cara yang dipilih akan membawanya ke masa depan yang cerah.

“Banyak kerja perlu dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi kita, dasar luar negara yang bebas dan keselamatan negara. Kita juga perlu membina persekitaran yang adil dan selamat untuk semua negara dan persekitaran baharu yang saksama.

“Kami sedar, ia sukar. Ia memerlukan kesabaran, tetapi saya benar-benar yakin bahawa tanah air Rusia akan berjaya mengatasi tempoh masa ini, seperti yang dilakukan Rusia berkali-kali sebelum ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply