Pelakon lelaki popular direman tiga hari kerana tumbuk, tendang pengawal keselamatan

0
Gambar hiasan

Gara-gara disyaki menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan, seorang pelakon lelaki direman selama tiga hari bermula hari ini.

Kejadian berlaku di sebuah kondominium di Segambut, pada jam 8.30 malam, Khamis lalu.

Lapor Berita Harian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dilaporkan meminta tolong rakannya untuk membeli minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan.

“Ketika rakan mangsa hendak menghantar minyak masak yang dipesan, dia bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa,” katanya.

Habibi berkata, mangsa kemudian turun ke kawasan lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan.

“Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama malam semalam.

Suspek yang pernah membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 akan direman sehingga Isnin ini.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply