Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA“Sihat, tiada rasa luar biasa dan selera makan macam biasa” - PM...

“Sihat, tiada rasa luar biasa dan selera makan macam biasa” – PM kongsi perkembangan selepas dua hari terima suntikan vaksin COVID-19

“Alhamdulillah, hari kedua selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19, saya berasa sihat, tiada rasa demam, tiada rasa luar biasa, makan macam biasa, selera pun macam biasa. Semuanya berjalan dengan baik.”

Demikian kenyataan kesyukuran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi rakaman video berdurasi dua minit dan 40 saat yang dikongsi di laman sosial miliknya.

“Saya yakin ini vaksin yang selamat dan berkesan,” ujarnya.

Beliau turut menyeru semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk menyokong usaha kerajaan dan negara bagi melandaikan COVID-19 dan seterusnya mengakhiri wabak tersebut dengan cara mendaftar diri untuk mendapatkan suntikan menerusi aplikasi MySejahtera.

Menerusi video berkenaan juga, Muhyiddin memaklumkan bahawa beiau telah diberi tarikh temu janji untuk suntikan dos kedua yang dijadualkan pada 17 Mac depan.

Muhyiddin menyeru orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun telah menerima vaksin.

“Pakai pelitup muka, cuci tangan seperti biasa, jaga penjarakkan fizikal seperti biasa dan jangan pergi tempat ramai-ramai (orang).

“Ini harus kita teruskan walaupun telah diberikan suntikan vaksin,” katanya.

Untuk rekod, pada Rabu lalu, Muhyiddin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan dos pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diikuti empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments