Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 2,253 kes baharu, 11 kematian hari ini

COVID-19 : 2,253 kes baharu, 11 kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,253 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 295,951 kes membabitkan 2,246 merupakan kes tempatan dan tujuh kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 3,085 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 266,846 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 27,994 orang, manakala 201 pesakit berada di ICU dan 93 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

11 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,111 kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments