‘Siapa patut ganti Zahid jika dia letak jawatan?’ – Tun Faisal

0

“Untuk segera pulihkan UMNO, Ahmad Zahid Hamid perlu letak jawatan,”.

Ini kerana jelas bekas Setiausaha Akhbar kepada Tan Sri Annuar Musa, Datuk Tun Faisal Aziz, lebih lambat lebih teruk kerosakan terhadap UMNO dan lebih ramai pengundi UMNO dan ahli UMNO akan meninggalkan UMNO.

Untuk itu kata beliau Dato’ Seri Mohamad Hasan dilihat lebih layak menggantikan Ahmad Zahid sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

“Persoalan kini adalah siapa patut ambil alih Tentulah Tok Mat Hassan. Pertama, sebab dia Timbalan Presiden.

“Kedua, sebab dia juga adalah Ahli Parlimen, dan dia boleh menggantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili UMNO.

“Siapa wajar gantikan tempat Tok Mat Hasan sebagai menteri? Kalau ikut heirarki dalam BN, sepatutnya Naib Pengerusi BN, Ismail Sabri, jika bukan Ismail, seterusnya Bendahari BN, Hishammuddin, jika bukan Hishammuddin, then barulah Ketua Wanita UMNO, Noraini Ahmad, yang juga berstatus Timbalan Presiden UMNO, dan jika bukan dia, seterusnya dalam heiraki adalah SU Agung UMNO Ahmad Maslan,” katanya kepada The Malaya Post.

Tambahnya Dato’ Seri Mohamad Hasan dilihat jauh lebih bersih berbanding Ahmad Zahid yang kini berhadapan dua kes mahkamah termasuk kes LCS.

“Ia lebih baik untuk imej UMNO, BN dan juga orang2 PH seperti Rafizi, Fahmi Fadzil, Bersih dan ramai lagi tentu lebih gembira sebab selagi Zahid ada dalam kerajaan, seluruh kerajaan nampak teruk dan gagal ujian pertama, dan mereka juga nampak teruk di mata rakyat dan penyokong PH. Lebih teruk lagi dan lebih sukar untuk UMNO dan PH jawab jika selepas ini semua dakwaan dan kes terhadap Zahid digugurkan sptmana kes Lim Guan Eng digugurkan.

“Macam saya cakap, lebih lama Zahid jadi Presiden, lebih sukar kekotoran yang terlekat pada UMNO dan BN dibersihkan dan makin teruk UMNO dan BN terpalit.

“KESANNYA? Lebih ramai pengundi UMNO, penyokong UMNO dan Ahli UMNO akan meninggalkan UMNO,” katanya.–THE MALAYA POST.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply