Malaysia bakal menuju negara polis ala diktator? – UMMAH

0

Kerakusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan kuasanya secara nyata bagi mengarahkan polis membuat siasatan berkaitan tuduhan ejen Israel memperlihatkan Malaysia sedang menuju kearah sistem demokrasi tertutup dan negara ala diktator.

Demikian kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, UMMAH, Mohd Zai Mustafa dalam satu kenyataan medianya kepada The Malaya Post.

Katanya gesaan sama juga dibuat Menteri berkenaan Fahmi Fadzil yang mengesa pihak polis membuat siasatan ekoran Anwar dituduh ejen Israel.

Jelasnya dengan menggunakan kuasa dan kedudukan bagi mengarah dan mendesak PDRM menyiasat adalah salah guna kuasa yang ketara.

“Sewajarnya sistem demokrasi dinegara ini lebih terbuka dan siasatan bebas dilakukan sekiranya ada laporan polis dibuat berkaitan sesuatu perkara yang mengancam ketenteraman awam.

“Mengarahkan dan menggunakan Polis bagi mengesa siasatan dilakukan akan mematikan sistem demokrasi yang lebih terbuka dinegara ini,” katanya.

Tambah beliau jika keadaan ini berlaku bermakna negara ini akan terus mengundur ke belakang dalam sistem demokrasi yang memberi kebebasan untuk memberi pendapat dan keriktikan kepada pemimpin kerajaan.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply