Friday, July 19, 2024
HomeBERITASiapa di sebalik gesaan supaya Naib Canselor Universiti Malaya letak jawatan? -...

Siapa di sebalik gesaan supaya Naib Canselor Universiti Malaya letak jawatan? – Dr. Kamarul Yusoff

Kongres Maruah Melayu terus memanaskan puak tertentu, kali ini Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Maruah Melayu, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Haji Hashim, pula digesa meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya kerana kononnya mengeluarkan hujah-hujah yang bersifat perkauman dalam Kongres Maruah Melayu.

Yang mengeluarkan desakan ini, melalui laman Facebook University of Malaya Association of New Youth (UMANY) yang beliau pimpin, dan laman Facebook Robin Yap ialah seorang mahasiswa Universiti Malaya bernama Yap Wen Qing yang berbuat demikian atas kapasiti beliau selaku Naib Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya.

Ironis dan tragisnya baru pada 21 Ogos lalu Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim menyampaikan surat pelantikan sebagai ahli Senat Universiti Malaya kepada Yap Wen Qing, selain kepada Mohd Akmal Hazieq Ahmad Rumaizi, untuk meningkatkan penyertaan, menyuarakan pandangan dan menyumbang idea kepada pengurusan universiti di peringkat tertinggi.

Saya tidak dapat melihat apa yang rasis di dalam ucapan Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim kerana ayat “Malangnya peralihan ini disulami perpecahan politik Melayu sehingga menghilangkan dominasi politik Melayu”, ayat “Lebih parah lagi selepas 62 tahun menikmati kemerdekaan ekonomi orang Melayu masih ibarat melukut di tepi gantang” dan ayat “Malahan akhir-akhir ini hak keistimewaan Melayu, agama Islam, institusi Raja, mulai dipersoalkan satu per satu” hanyalah satu pemerhatian ilmiah terhadap apa yang berlaku dalam negara kita.

Sebaliknya, Yap Wen Qing sepatutnya dipersalahkan kerana secara tidak beradab dan tidak beretika selaku seorang mahasiswa Universiti Malaya tanpa mendapat mandat Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya terus mengeluarkan desakan terbuka begini walaupun beliau, selaku ahli Senat Universiti Malaya, boleh menyuarakannya dalam mesyuarat.

Ada yang bertanya mengapa Yap Wen Qing terlalu lantang bersuara, tetapi ia sebenarnya tidak sukar difahami bila dilihat perkaitan antara UMANY yang beliau pimpin dengan Dr Hew Kuan Yau, CEO Majlis Perniagaan China-Malaysia (MCBC), serta dukungan yang diberikan oleh Ronnie Liu Tian Khiew dan Dr P Ramasamy ke atas desakan beliau ini.

Begitupun, kenyataan Yap Wen Qing ini telah dikecam oleh Neo-Siswa Universiti Malaya yang menyeru mahasiswa untuk mempertahankan Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Haji Hashim dari serangan fitnah dan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya yang menuntut Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya memohon maaf atas perilaku semberono Yap Wen Qing.

PAUTAN YANG BERKENAAN:
1. Kenyataan Yap Wen Qing: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=744103786014113&id=565674567190370
2. Kenyataan Neo-Siswa Universiti Malaya: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2453936198034366&id=1096272233800776
3. Kenyataan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157547313700667&id=175306925666
4. Kenyataan Menteri Pendidikan: https://www.malaysiakini.com/news/494902

*Dr. Kamarul Yusoff adalah Pensyarah Senior di Universiti Utara Malaysia.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments