Saturday, May 18, 2024
HomeBERITASaya terkilan ada pihak sebar kata saya sakit tenat - Tan Sri...

Saya terkilan ada pihak sebar kata saya sakit tenat – Tan Sri Bakri Zinin

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Bakri Zinin hari ini meluahkan rasa terkilan akibat penyebaran berita palsu kononnya beliau sakit tenat.

Menurut Tan Sri Bakri, beliau percaya penyebaran itu mungkin ada agenda tersirat.

“Terkilan sangat, masih ada yang sangsi, bercakap bahawa saya sakit tenat. Mungkin ada agenda tersirat menyatakan sedemikian. Saya terimanya dgn baik” tulisnya di facebook.

Tambahnya, ada kala perkara sebegitu turut di ambil sebagai kenyataan oleh individu tertentu sehingga peluang mendapat rezeki terputus.

Justeru beliau menggesa pihak berkenaan hentikan penyebaran berita negatif.

Sehingga kini tahap kesihatan beliau berada pada tahap terbaik.

“Jangan lah menyebarkan perkara yang tak betul. Kadangkala perkara itu diambil sebagai kenyataan sehingga peluang mendapat rezeki terputus akibat kenyataan yang negatif ini. Sedangkan tahap kesihatan saya adalah yang terbaik”, tulisnya lagi.

Kami di The Malaya Post mendoakan agar Tan Sri Bakri sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments