Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITA55 jam di wad bersalin, Shila Amzah selamat lahir bayi Merdeka

55 jam di wad bersalin, Shila Amzah selamat lahir bayi Merdeka

Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan rasa syukur apabila dia selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama Seth Uwais di UKM Specialist Centre pada Sabtu, 31 Ogos 2019.

Pelantun suara lagu Tiada Dirimu berkata, bayi lelaki seberat 2.88 kg dilahirkan pada jam 11.43 malam secara c-section (caesarean) pada Hari Kemerdekaan dan Awal Muharram setelah berada di wad bersalin selama 55 jam 43 minit.

Shila Amzah berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambar bayi sulongnya yang dipangku seseorang.

Para peminat serta rakan artis seperti Ummi Nazeera, Hael Husaini, Daphne Iking, Amylea Azizan,Mimi, Mizz Nina, Adeline Tsen dan ramai lagi mengucapkan tahniah menerusi ruangan komen gambar berkenaan.

Untuk rekod, Shila Amzah dan Haris Idraki Elias mendirikan rumah tangga pada 19 April 2018.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments