Berkawan rapat dan saling mengenali selama lapan tahun, pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga pihak wanita di Seri Kembangan, Selangor pada hari ini (Ahad).
Majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz pada pukul 5.31 petang.
Menurut laporan mStar Online, Ardell, 29 tahun menerima hantaran senaskah Al-Quran yang diberikan hadiah olehnya semasa majlis merisik dan dipulangkan kembali sebagai hantaran setelah dibaca dan difahami tafsirnya serta mas kahwin RM300.
Pelakon Nadzmi, 26 tahun menzahirkan kesyukuran dan memberitahu jodohnya bersama Ardell merupakan doa dari peminat yang mahukan mereka bersatu.
Pasangan ini mulai rapat semasa bergandingan bersama menerusi drama Namaku Bedah pada tahun 2015 dan merupakan rakan kongsi niaga yang menjual tudung yang diberi nama Alwadelhijab.
Leave a Reply