Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAShaza diumum Dewi Remaja 2019

Shaza diumum Dewi Remaja 2019

Pentas Dewi Remaja 2019 telah pun melabuhkan tirainya setelah 7 minggu pertandingan itu berlangsung.

Pertandingan ini mempertaruhkan 12 peserta dan setelah dinilai mengikut prestasi masing-masing dan hanya lima peserta mara ke peringkat final.

Anak gadis kelahiran Kuala Lumpur, Shaza telah diumumkan sebagai juara Dewi Remaja 2019 dan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula dirangkul oleh Adriana Ghaffar dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM7,000 berserta trofi.

Manakala tempat ketiga dirangkul oleh Nynaa Harizal dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi.

Tempat keempat dan kelima menjadi milik Syamira Izzati dan Shatirah Amanda.

Masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000, trofi dan juga selempang.

https://instagram.com/shazabae_?igshid=12ftgwuy8lqxe

Bagi dua lagi peserta, Nina Amin telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Dewi Inspirasi.

Manakala Sharlina Gilbert pula diumumkan sebagai Dewi Kegemaran (Favourite).

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments