Monday, May 27, 2024
HomeBERITAAin Edruce sah milik Amirul Hafiz

Ain Edruce sah milik Amirul Hafiz

Pengacara dan pelakon Nurulain Edruce telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Amirul Hafiz Mustaffa yang juga seorang ahli perniagaan.

Majlis Ain bersama pasangan Amirul berlangsung meriah di Quill Convention Hall, Quill City Mall.

Di laman Instagram Magicaatsubang, pihak produksi memuat naik video Ain yang berbusana serba putih sambil diiringi oleh ibu bapanya untuk ke majlis akad nikah.

Majlis akad nikah disempurnakan sendiri oleh bapa Ain, iaitu Ar Edruce Sabri dan disaksikan oleh pegawai daftar kahwin dan juga ahli keluarga.

Di laman Instagram Ain pula, beliau turut memuatnaik suasana malam berinai yang juga disambut dengan meriah.

Setelah selesai majlis akad nikah, Ain sempat berkongsi foto bersama suaminya dan sempat berceloteh.

“Happy nya die.. Die x tau ke lepas ni dia dah kena gari?????” tulis Ain bersama 2 keping gambarnya.

Tahniah Ain Edruce dan suami. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir hayat.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments