Saturday, July 13, 2024
HomeBERITASeong Wu comeback dengan mini album baharu berjudul “Layers”

Seong Wu comeback dengan mini album baharu berjudul “Layers”

Selepas single “We Belong” dilancarkan pada Januari lalu, Ong Seong-wu dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula sebagai penyanyi dengan album pertamanya.

Agensi rakaman, Fantagio turut mendedahkan butiran poster album berkenaan kepada peminat di laman Twitter.

Artis solo K-pop, Seong Wu menggoda peminat dengan mini albumnya berjudul “Layers” yang akan datang dikeluarkan secara rasmi pada 25 Mac ini.

Penyanyi dan pelakon yang sedang mencipta nama dalam industri hiburan Korea Selatan mendedahkan bahawa dia banyak terlibat dalam penciptaan lirik lagu untuk album terbarunya.

Selain menyanyi, idola berusia 25 ini juga membintangi beberapa projek lakonan, antaranya drama “At Eighteen” bersama-sama pelakon Kim Hyang-gi dan Shin Seung-ho.

View this post on Instagram

병문고의 순간

A post shared by 옹성우 ongseongwu (@osw_onge) on

Penyertaannya sebagai peranan utama bukan sahaja membolehkan dia mempersembahkan bakat lakonan tetapi juga kemampuan vokalnya menyanyikan OST siri drama tersebut.

View this post on Instagram

잊지마요

A post shared by 옹성우 ongseongwu (@osw_onge) on

Kemunculan pertamanya dalam siri drama tersebut nyata mendapat penerimaan yang baik dari para peminat, susulan itu K-pop idol, Seong Wu telah memenangi beberapa anugerah untuk peranan itu dalam kategori “Best New Actor”, “Hallyu Star Award” dan “Rookie Actor Award”.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments