Saturday, June 22, 2024
HomeBERITARempah ratus bermanfaat untuk kesihatan? Jom baca

Rempah ratus bermanfaat untuk kesihatan? Jom baca

Kali ini kami kongsikan tips penggunaan rempah-ratus di dalam masakan Melayu mampu membangkitkan selera dan mempunyai khasiat perubatan yang cukup baik.

1- KULIT KAYU MANIS
● Boleh meredakan cirit-birit, melawaskan air besar dan mengubat kesakitan gigi berlubang.
– Caranya: asah kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk, lalu tampal ke dalam gigi.

● Teh kulit kayu manis boleh menurunkan paras gula dalam darah.
● Minyak pati kulit kayu manis mampu mengeluarkan aroma yang boleh menenangkan fikiran.

2- BUAH PELAGA
● Mengurangkan bau nafas, melegakan asid dalam perut, asma dan penyingkiran toksik.
– Caranya mudah dengan mengunyah buah pelaga ataupun minum air rebusan buah pelaga.

● Pengambilan serbuk buah pelaga, mampu memecahkan batu karang dan batu hempedu.

3- BUNGA LAWANG

● Mempunyai lapan kelopak, baunya sedap dan ia mampu menyahkan bau yang kurang menyenangkan.
● Air rebusan bunga lawang boleh membuang angin dalam perut dan meredakan sakit sendi.
● Dipercayai air rebusan bunga lawang mampu menghindarkan dari penyakit H1N1.

4- BUNGA CENGKIH
● Amalkan mengunyah 10 biji bunga cengkih setiap hari, boleh menghilangkan bau nafas, sakit gigi, menyihatkan jantung, tajam penglihatan dan tajamkan fikiran
● Minum susu segar yang dimasak bersama bunga cengkih dan sedikit madu untuk menguatkan hati.
● Letakkan beberapa kuntum bunga cengkih di dalam balang gula, untuk mengelakkan semut dan gula berbau harum.

5- JINTAN MANIS
● Rebus jintan manis bersama lemon, untuk mengurangkan lemak di pangkal peha
● Amalan minum air rebusan jintan manis, boleh mengeluarkan gas di dalam usus dan melancarkan aliran keluar haid.

6- JINTAN PUTIH
● Mandi air panas yang dicampurkan dengan jintan putih, boleh meredakan demam dan gatal-gatal badan.
● Mencuci muka dengan air suam yang dicampurkan dengan serbuk jintan putih, menyegarkan wajah dan awet muda.

7- HALBA
● Teh halba yang dicampurkan dengan madu untuk mengubati anemia dan ketagihan rokok.
● Amal makan 5 biji halba setiap hari, biar pun pahit ia untuk mengawal kencing manis.
● Minum teh halba untuk melegakan migrain dan menguatkan jantung

8- BIJI KETUMBAR
● Air rebusan biji ketumbar, menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
● Biji ketumbar dikisar halus, lalu diminum suam untuk meredakan sembelit

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments