Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASentuhan magis Amylea, Farouk tampil sisi berbeza Wany Hasrita

Sentuhan magis Amylea, Farouk tampil sisi berbeza Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita akan melancarkan single solo terbarunya berjudul Cinta Khayalan ciptaan komposer lagu-lagu runut bunyi drama popular, Amelia AF dan Farouk Razak serta lirik pula ditulis oleh Tokyo Angkasa.

“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vokal.

“Ini pertama kali saya merakamkan lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

“Empat kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul- betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh pencipta lagu ini,” ujar Wany.

Berbicara lanjut, Wany turut berkongsi proses rakaman yang agak mencabar kerana dijalankan sewaktu bulan Ramadhan tahun lalu.

“Bayangkan strugglenya saya untuk siapkan lagu ini kerana bulan puasa sudah tentunya tenaga juga berbeza berbanding bulan lain, namun saya sangat puas hati kerana pengorbanan saya berbaloi.

“Lagu ini berat dan sangat mendalam maksudnya dan rasa sangat happy kerana saya telah melangkah setapak ke hadapan dengan mencabar diri untuk keluar dari zon selesa dan nyanyikan lagu yang biasa saya bawa.

“Jujur saya saya in love dengan lagu ini. Kalau kalian tak percaya dengar dan hayati sendiri lagu ini,” jelas penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini.

Serius dengan karier nyanyian, Wany Hasrita mahu semua pihak menjadi juri serta tidak teragak-agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian serta rela dikritik demi kebaikan kerjayanya.

Bercerita permulaan terhasilnya Cinta Khayalan, menurut kata Pengarah Urusan FMC MUSIC, CF.Ho, Wany berjumpa dengannya dan meminta FMC mencari lagu yang ‘kuat’ dan berbeza dari lagu sebelumnya.

“Wany minta saya cari lagu yang ada vibe OST dan susah untuk beliau nyanyikan. Dan saya hubungi Amelia untuk buat demo lagu untuk Wany.

“Sebenarnya bila lagu ini sudah siap dan kami dengar, kami juga rasa teruja dengan hasilnya. Tak sangka hasilnya luar biasa.

“Bagi FMC music, kami bangga dengan perubahan dan keberanian Wany untuk mencabar diri agar lebih maju ke depan. Dan beliau telah buktikan dalam lagu ini,” kongsi CF. Ho.

Untuk rekod, setelah hampir enam tahun bergelar anak seni, wanita cantik manis yang kini menginjak usia 29 tahun ini telah merakamkan 18 buah lagu termasuk lagu raya dan lagu duet.

Antara lagu yang popular ialah duet Memori Berkasih, Menahan Rindu, duet Di Sana Cinta Di Sini Rindu dan lagu tradisional Ewah Ewah.

Bagi pemegang Ijazah jurusan Sains Perubatan (Bachelor In Medical Science) ini, dia berharap lagu Cinta Khayalan mendapat sambutan dari pengikut dan peminat seni tanah air.

Kepada peminat Wany Hasrita, jangan lupa tonton muzik video Cinta Khayalan yang akan ditayangkan di saluran Youtube FMC MUSIC dan semua platform digital mulai jam 8.00 malam ini ya!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

ahtpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments