Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAIntan Ladyana, Harris Aliff selamat diijabkabulkan

Intan Ladyana, Harris Aliff selamat diijabkabulkan

Dengan sekali lafaz, pelakon Intan Ladyana, 38, sah bergelar isteri kepada pengacara dan pelakon Harris Alif, 21.

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada jam 10 pagi tadi dalam satu majlis akad nikah bertempat di Pejabat Agama Islam Wilayah, Kuala Lumpur.

Melangsungkan majlis sehari lebih awal daripada perancangan asal, mereka bersyukur kerana ianya dipermudahkan.

“Kami hanya mampu merancang, ALLAH SWT jua yang menentukan.

“Kebetulan pihak JAWI ada kekosongan untuk tarikh 5 Februari, maka kami sepakat untuk bernikah hari ini,” ujarnya dalam satu sidang media secara atas talian tengah hari tadi.

Cantik dalam persalinan pereka fesyen terkenal tanah air, @hattadolmat_ dengan sentuhan tatarias @iansham, Intan berkongsi photo di platform media sosial Instagram peribadinya buat tatapan para peminat.

Rakan-rakan artis dan peminat turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Selamat pengantin baru. Tahniah buat Intan dan Harris ????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

ahtpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments