Sunday, June 16, 2024
HomeBERITASemua taska dibenarkan beroperasi serta merta

Semua taska dibenarkan beroperasi serta merta

Mengambil kira keluh kesah ibu bapa yang bekerja, kerajaan membuat keputusan membenarkan perkhidmatan taska dan tadika beroperasi semula.

Mengulas lanjut, Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ramai ibu bapa kedua-duanya bekerja dan mempunyai masalah jika mempunyai anak-anak kecil dan perlu menghantar ke taska supaya mereka boleh bekerja.

Pihak kerajaan juga mendapati terdapat segelintir majikan dari sektor swasta memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji jika mahu menjaga anak dirumah.

Beliau turut menegaskan dengan membuat tindakan secara paksaan, ia adalah salah dan dilarang sama sekali.

Faham akan kebimbangan ibu bapa, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan tadika beroperasi semula.

“Sebenarnya sebelum ini kita telah benarkan taska dibuka namun hanya dengan SOP asas sahaja dan daripada 7000 TASKA, oleh kerana tidak ada SOP yang diperkemaskan lagi, hanya 304 sahaja TASKA yang telah beroperasi,” ujar beliau.

Oleh itu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah membentangkan SOP yang telah diperkemaskan berhubung operasi (TASKA) kepada Mesyuarat Khas dan SOP TASKA yang telah diperkemaskan ini akan membolehkan baki 6,696 TASKA untuk beroperasi serta merta.

Pengusaha-pengusaha TASKA juga boleh merujuk SOP yang telah diberitahu di laman web KPWKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat lanjut.

Manakala bagi SOP operasi Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), ia akan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum dibenarkan beroperasi.

Ini kerana pengurusan TADIKA dan TABIKA adalah di bawah penyeliaan pelbagai Kementerian.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments