Sepertimana yang diumumkan dalam sidang media terdahulu, pihak kerajaan telah memutuskan membenarkan penggambaran filem, drama, iklan selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri
Memetik ucapan Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (2 Jun 2020) sebentar tadi, pihak kerajaan telah memutuskan tarikh untuk memulakan penggambaran bermula 10 Jun depan.

Namun begitu beliau turut mengingatkan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti penggambaran yang bakal bermula nanti supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Jaga penjarakan sosial, tidak berkumpul dan juga sentiasa menjaga kebersihan diri pada setiap masa..
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply