Monday, June 17, 2024
HomeBERITASemua tapak pembinaan terus patuh SOP

Semua tapak pembinaan terus patuh SOP

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 10 tapak binaan di seluruh Malaysia yang melibatkan 23 anggota penguatkuasa.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua tapak binaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 706 premis perniagaan termasuk peruncit (526), pemborong (150) dan pengilang (30).

Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,160 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,157 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 3 premis diberi nasihat kerana tidak memenuhi syarat kepatuhan SOP PKPP.

Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments