Saturday, June 22, 2024
HomeBERITA61 hotel, lima ILA menempatkan warga tempatan yang pulang dari luar negara

61 hotel, lima ILA menempatkan warga tempatan yang pulang dari luar negara

Sejak 24 Julai sehingga 16 Ogos, seramai 12,063 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 61 Hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, dan Labuan.

Daripada jumlah itu, seramai 43 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 4,886 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Kesemua mereka pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand & Amerika Syarikat.

Semalam (16 Ogos 2020), PDRM telah mengadakan 362 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing (home quarantine) dan kesemua individu yang dikuarantin telah mematuhi SOP yang

ditetapkan.

PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments