Monday, May 13, 2024
HomeBERITASemua peperiksaan kendalian JAWI, UPSRA dibatalkan

Semua peperiksaan kendalian JAWI, UPSRA dibatalkan

Umum sedia maklum pembatalan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek bertulis yang dijadual pada 28 September hingga 1 Oktober 2020 di seluruh negara dan penetapan kaedah pentaksiran baharu akan dilakukan bagi menggantikan ujian bertulis terbabit.

Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai pembatalan peperiksaan awam bagi UPSR dan PT3 yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020 lalu.

“Semua peperiksaan kendalian JAWI iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi sesi persekolahan tahun 2020 yang dijadual pada 28 September 2020 sehingga 1 Oktober 2020 turut akan dibatalkan.

“Semua sesi persekolahan SRA, SIRAJ dan KAFA juga akan mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan JAKIM bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid-murid serta guru-guru terjamin.

“Pembatalan UPSRA tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid kepada ilmu-ilmu diniyah yang diikuti bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 kerana murid-murid di dalam pendidikan ilmu-ilmu diniyah mampu dinilai melalui pelbagai kaedah”, ujar beliau.

https://m.facebook.com/JAWIWP/photos/a.1300637569995085/3054675197924638/?type=3

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments