Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 boleh tersebar melalui kasut

COVID-19 boleh tersebar melalui kasut

Merujuk laporan yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) virus COVID-19 boleh tersebar melalui tapak kasut petugas kesihatan.

Kajian yang telah dilakukan di sebuah hospital di Wuhan, China menunjukkan petugas kesihatan berisiko tinggi terdedah terhadap penyakit ini.

Teori menyatakan COVID-19 boleh merebak dibahagian tapak kasut staf ICU adalah sebanyak 50 peratus.

Selain tapak kasut, wabak ini juga dikesan positif pada permukaan seperti lantai (100%), tetikus komputer (75%), dan tong sampah sebanyak 60 peratus berkemungkinan.

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak dapat membuktikan samada virus yang dikesan itu adalah masih hidup ataupun mempunyai keupayaan untuk menjangkiti manusia.

Justeru, penting bagi setiap frontliners untuk terus mengamalkan langkah nyah kuman sewaktu menjalankan tugas serta menggunakan pakaian penuh PPE setiap kali mengendalikan pesakit COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Laporan CDC terbaru menunjukkan novel coronavirus boleh tersebar melalui kasut.Kajian yang telah dilakukan di sebuah…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Jumat, 17 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments