Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITASempena Ramadan operasi kenderaan awam diawalkan sejam, pasar awam dilanjutkan dua jam...

Sempena Ramadan operasi kenderaan awam diawalkan sejam, pasar awam dilanjutkan dua jam operasi

Sepanjang bulan Ramadan, SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal seperti PKP fasa pertama, kedua dan ketiga kecuali operasi bagi kenderaan awam dan pasar awam.

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan awal sejam waktu operasi kenderaan awam iaitu bermua jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Begitu juga operasi pasar awam dengan penambahan dua jam waktu operasi bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sebelum ini kepada 6.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Kelonggaran waktu ini diberi bagi memudahkan umat islam membeli barangan keperluan di pasar-pasar untuk membuat persediaan berbuka puasa dan bersahur sepanjang Ramadhan.

SOP PKP ketika bulan Ramadan kekal melainkan; – Operasi kenderaan awam dilanjutkan dari jam 4 petang hingga 10 malam…

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Kamis, 23 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments