Thursday, June 20, 2024
HomeBERITABerpuasa dalam tempoh PKP, normal baharu Ramadan

Berpuasa dalam tempoh PKP, normal baharu Ramadan

Esok umat Islam akan mula berpuasa dalam suasana berbeza berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan aktiviti orang ramai.

Jika tahun-tahun sebelum ini, keadaan di lebuhraya pada ketika ini sudah pasti penuh sesak dengan kenderaan warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut awal Ramadan bersama keluarga, namun kali ini keadaannya jauh berbeza.

Lebuhraya lengang kerana tiada sebarang pergerakan rentas negeri dibenarkan dan orang ramai tidak boleh pulang ke kampung sepanjang tempoh PKP dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan virus berbahaya.

Bagaimanapun, mereka yang sebelum ini telah pulang ke kampung halaman sebelum tempoh PKP dikuatkuasakan, akan diberi kelonggaran untuk pulang ke rumah masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’ atau memohon di balai polis berhampiran.

NORMAL BAHARU RAMADAN DALAM PKPEsok dijangka buat pertama kali umat Islam di negara ini akan mula berpuasa dalam satu…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 22 April 2020

Namun harus diingat, ia bukanlah satu lesen untuk orang ramai melakukan pergerakan secara besar-besaran!

Jika ada yang mengambil peluang di atas kelonggaran ini, maka usaha kerajaan melaksanakan PKP dan perjuangan barisan hadapan untuk memutuskan rantaian penyakit itu sebelum ini menjadi sia-sia.

Jadi teruslah bertahan, duduk diam-diam di rumah, kerana kita sudah hampir untuk mencapai kejayaan.

Anggaplah bulan Ramadan kali ini bukan sahaja untuk kita menjalani ibadah berpuasa, menahan lapar dan dahaga, tetapi berjuang menentang virus COVID-19 yang telah meragut ratusan ribu nyawa manusia di seluruh dunia.

Selamat Berpuasa semua🙏🏻

Terus berada di rumah ya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments