Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITASeloka Legenda Waris Seni ketengah muzik dan filem sebagai warisan seni

Seloka Legenda Waris Seni ketengah muzik dan filem sebagai warisan seni

AMPANG, 7 Oktober — “Ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi”. Begitulah falsafah yang ingin disampaikan oleh Persatuan Melodi Kenangan Artis dan Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR) melalui program Seloka Legenda Waris Seni yang akan berlangsung di Grand Barakah Hotel di sini pada 13 Oktober depan.

Pengerusi PEMEKAR, Amran Nasrudin berkata program itu bertujuan mengangkat dan mengerakkan aktiviti anak seni melalui ikon Lakon, Muzik, Irama dan Tari dalam membawa misi dan visi mengenal bintang dan tokoh seni muzik negara.

“Program ini akan memfokuskan aktiviti seni melalui sidang keilmuan konsep bual bicara bersama Seniwati/Seniman/Biduan/Biduanita berdasarkan lakonan Filem/Teater dan lagu-lagu kegemilangan mereka bermula dari tahun 50-an lagi. Program ini juga akan mengetengahkan kembali muzik dan lagu-lagu popular mereka dalam segmen persembahan pentas dan lagu oleh pewaris mereka melalui visual dari filem,” katanya dalam kenyataan di sini.

Amran berkata bahan-bahan yang diketengahkan diharap dapat memanfaatkan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mengambil jurusan seni.

“Memang hasrat kami agar program ini dapat membantu usaha mendokumentasikan bidang seni filem dan muzik sebagai bahan rujukan pelajar seni serta disimpan sebagai warisan sejarah,” tambahnya.

Amran berkata, antara yang terlibat dalam program ini ialah keluarga seniman Aziz Jaafar dan Normadiah, waris keluarga Saadiah dan Ahmad Daud, keluarga Husain Abu Hasan dan Mahyon Ismail, waris keluarga Sophia Ibrahim, serta waris keluarga Jamal Abdillah.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Amran (019-3056928) atau Marnie Musa (017-3268068).

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

 

 

 

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments