Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITASelepas ‘Nur’, siri drama ‘Hamidi bakal cetus fenomena

Selepas ‘Nur’, siri drama ‘Hamidi bakal cetus fenomena

Setelah drama bersiri Nur tamat, pengarah Shahrulezad Mohameddin memberitahu di laman Instagramnya ingin menerbitkan drama terbaru bersiri ‘Hamidi’ yang diolah dari watak Ustaz Hamidi, siri drama Nur.

Katanya, drama terbaru ini akan lebih fokus kepada watak Hamidi dan Aishah sahaja. Rata rata pengikut dan peminat drama Nur sangat bersetuju serta ramai yang mahukan watak tersebut dilakonkan oleh pelakon asal iaitu Azhan Rani.

Sehubungan itu, para peminat telah memberikan beberapa cadangan dan idea mengenai jalan cerita drama terbaru tersebut. Masing-masing mencadangkan agar drama berkenaan perlu berkisahkan hidup Ustaz Hamidi sebelum mengenali Aishah serta punca kenapa Hamidi menjadi tamak.

Ujar netizen, arahan Shahrulezad tidak pernah mengecewakan dan sudah pasti para peminat menantikan bagaimana konsep drama terbaru ‘Hamidi’ ini.

Sebelum ini siri drama Nur berjaya mencipta fenomena tersendiri dan mencatat rating tayangan tertinggi di slot Samarinda, TV3.

Drama bersiri terbitan Radius One Sdn Bhd dengan arahan Shahrulezad Mohameddin, diterajui Amyra Rosli sebagai Nur bergandingan dengan Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam.

Antara pelakon hebat yang turut membintangi siri drama Nur antaranya, Noorkhiriah sebagai Aisyah, Azhan Rani sebagai Ustaz Hamidi, Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah.

Drama yang berkisahkan tentang cinta, konflik keluarga dan keagamaan ini telah menambat hati para penonton dengan watak yang dibawa oleh setiap pelakon.

Satu kejayaan buat para pelakon dan krew terbitan apabila siri drama berkenaan telah memenangi anugerah kategori Drama Rantaian Terbaik pada Majlis Anugerah Skrin Ke-22 tahun 2018.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments