Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAHentikan fenomena itu dan jangan libatkan isteri saya - Shuib Sepahtu

Hentikan fenomena itu dan jangan libatkan isteri saya – Shuib Sepahtu

Ekoran kenyataan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memantau pengubahsuaian melampau motosikal jenama Yamaha Y15ZR atau ‘YSuku’ yang kini menjadi ‘trend’ dan ikutan ramai, segelintir netizen bertindak menyalahkan pasangan suami isteri, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang menjadi punca terhadap amaran dan kecaknaan pihak berkuasa terhadap fenomena berkenaan.

Menerusi perkongsian penyanyi Siti Sarah di Instagram miliknya, dia meluahkan rasa sedih terhadap segelintir netizen yang suka menyerang sehingga ahli keluarga turut mendapat tempiasnya.

Dalam pada itu, laman Instagram pelawak dan pelakon, Shuib Sepahtu, dia meminta agar netizen menghentikan ‘fenomena’ itu serta tidak mengaitkan isterinya dalam isu terbabit.

Shuib turut memberitahu isterinya, Siti Sarah mengalami masalah kecelaruan keresahan (anxiety disorder).

Perkongsian rasa kesal suami isteri itu turut mendapat sokongan moral dari rakan artis serta para pengikut mereka agar pasangan ini bersabar dan tidak melayan komen netizen berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments